Friday, January 8, 2010

Keunikan Kawasan...



Salam...

Kami amat berbesar hati kerana diberi peluang untuk menyertai Karnival Keusahawanan dan ICT di Pusat Jalurlebar Komuniti Kampung Lonek ini. Sebagai pelajar, kami merasakan ini adalah satu peluang yang baik untuk menambah pengetahuan kami dalam bidang teknologi maklumat.Kami telah memilih cerita keunikan kawasan sebagai intipati tulisan kami untuk pertandingan ini.


Kawasan yang kami pilih untuk cerita ini ialah Pantai Port Dickson yang sering menjadi tumpuan seluruh pelusuk negara sebagai kawasan rekreasi pada hujung minggu.Dilengkapi wakaf, tandas,tempat makan dan gerai jualan, kawasan ini sesuai untuk kunjungan orang ramai. untuk merancakkan lagi sektor perlancongan,kawasan itu turut dilengkapi dengan Wifi untuk memudahkan orang ramai bagi meneruskan aktiviti harian seperti urusan perniagaan dan promosi.

Turut menarik tumpuan pengunjung adalah pasar malam yang diadakan pada setiap Sabtu malam Ahad, dengan pelbagai variasi makanan dan minuman serta barangan yang pastinya menggamit tumpuan pelancong.......